Thursday, February 26, 2009

hai.............

salam sayang semua...sudah lama kita tidak bertemu kembali di blog ini...maklum la skrang ni bz skit tambah plak internet x dapat..dah seminggu x dapat internet..signal very good tp bila connect xdapat lak..tp xpe leh la wat keje skit...hehehe..ok la sampai disini saja..saja rindu nak buka blog......

salam sayang......

Monday, February 9, 2009

friend are everything...thanks being my friends.......


glitter-graphics.com


glitter-graphics.com


glitter-graphics.com


glitter-graphics.com


thanks friends.....

Damai Yang Hilang

Tercalar pelangi dihiris gerimis
Senja pun merangkak menutup mentari
Terbias warnanya ke wajah

Lagu kedamaian tiada kedengaran
Bumi yang merekah disirami darah
Kemelut melanda tiada kesudahan
Kemusnahan bermaharajalela
Yang lemah menjadi mangsa


Anak-anak kecil mengongcangkan ibunya

Yang lemah longlai tak lagi bernyawa
Jeritan suara batinnya
Tak siapa mendengarnya

Tergadaikan maruah oleh janji-janji
Terbayarkah dengan nyawa dan darah
Soalan yang tiada jawapan

Kemanusiaan telah lama hilang
Kini yang tinggal hanya ketakutan
Musnah kasih sayang dan persaudaraan
Tandus akhlak dan keimanan
Menyemai persengketaan


Sunday, February 8, 2009

Wahai diriku mengertilah.....

Diriku,
Dalam rancak kau menyiram taman hati insan lain,
Kau terlupa membajai taman hatimu sendiri,
Agar ia sentiasa segar dalam hubungan dengan Allah,
Tersentuh dengan daulat-Nya
Merasa terpikul amanah ad-deen ini.
Bukan kerana kau berjemaah,
Namun kerana engkau di bawah perintah-Nya.

Diriku,
Seringkah kau mencari jalan,
Agar hatimu sentiasa lembut halus sentuhannya,
Agar sentiasa sedar akan keagungan-Nya,
Insafi kekerdilan, kelemahan, kealpaan & kesilapan dirimu.

Ketahuilah diriku,
Hatimu itu keras, khusyu'mu kurang,
Syukur & redhamu tidak banyak kau hadiahkan pada-Nya,
Terlalu banyak kurang & salahmu.

Diriku,
Tunaikanlah solatmu dalam khusyu' & tenang..
Muhasabahlah dirimu kala sunyi,
Selamilah kalam-kalam al-Quran yang kau perjuangkan,
Padanya ada bekalan
Untuk kau terus menongkah bahtera perjuangan ini.

Diriku,
Pada nawafil & amalan sunat
Ada jalan yang hampir untukmu berkasih sayang dengan Tuhanmu,
Pada qiamullail di keheningan malam,
Bersama bisikan doa & munajatmu,
Diiringi esak airmata keinsafan & keikhlasanmu,
Kau akan temui kemanisan taqarrub di bawah duli kebesaran-Nya,
Di situ ada bekalnya...
Lazimilah awal dirimu dengan al-Mathurat,
Pasti kau akan mengenali siapa dirimu sebagai daie.

Diriku,
Pada tawadhu', pada ukhwah fillah, pada infaq fi sabilillah,
Pada uzlah muhasabah diri, pada zikir selawat,
Ada ketenangan dan kekuatanmu.


Diriku,
Ketahuilah bahawa hanya hati yang hidup sahaja,
Yang bisa memberikan nafas kepada hati yang mati,
Hati yang turut mati tidak mungkin menyembuhkan hati yang sakit,
Apatah lagi menghidupkan hati yang mati.

Diriku,
Amanahlah kau di hadapan manusia Kerana kedaulatan Tuhanmu.
Namun rasailah kekerdilan dirimu
Di hadapan qudrat dan iradat-Nya.

Hidup tak semestinya susah bila ada motivasi

Fikiran kita mengawal hidup kita. Apa saja yang kita fikir, itu yang akan mengawal segala tindakan, keputusan dan emosi kita

Bila kita fikir hidup ini tak semestinya mudah atau dalam erti kata lain, susah, maka susahlah jadinya. Semua benda, perkara dan situasi kita fikir susah, maka minda separa sedara akan menarik perkara-perkara yang membuatkan apa saya yang Anda buat jadi susah.

Tetapi, bila kita fikir hidup ini senang, ada cara senang nak senang dan perlu dinikmati, semuanya akan jadi senang, sekarang, esok, lusa bahkan sampai bila-bila. Bila kita set minda macam tu, semuanya akan jadi lancar. Semangat pun naik!

Sebab, minda separa sedar menarik semua perkara yang membuat apa saja yang Anda buat menjadi senang. Saya nak beritahu Anda satu rahsia… tak semua orang menyedari hal ini di mana sebenarnya mereka boleh membuat semua perkara menjadi senang. Tak semua orang mahu belajar mengenainya.

Minda kita mengikut apa saja yang kita imaginasikan dan yang kita emosikan. Andai kita kata susah, maka terbayang di minda sesuatu yang susah. Lantas, emosi kita pun bertukar menjadi susah, payah dan berat. Secara automatik, minda terus menarik perkara-perkara yang susah.

Bak kata Anthony Robbins, “its all in your mind”. Jangan anggap semuanya susah, tapi anggaplah ia sebagai cabaran.

Mesti ada cara untuk menjadikan hidup ini menjadi lebih senang dan mesti ada cara untuk kita menikmati kesenangan itu bersama kawan-kawan, keluarga bahkan sesiapa saja.

Ingat, kita adalah yang kita fikirkan.

Monday, February 2, 2009

assalamualaikum..........................

salam semua...hai bertemu kita di blog saya yg tidak seberapa ini...pertama sekali saya nk ucapkan banyak terima kasih kepada yang membantu untuk membuat blog ni..tak lupa juga tuk en. aziz yg memberi cadangan untuk create blog klu tak mmg xder la blog..asyik baca blog orang jer..hehehe..ni bleh gak orang baca coretan saya..hehehe..mula-mula nk wat blog ni asyik pk je nk wat cner, x tahu apa nk tulis tp skit- skit dapat idea nk wat blog ni...bila dah wat syok plak nk explore..ok la disini saja..nnt saya coret lagi..sekali lagi nk ucap terima kasih bg kawan-kawan yang mnyumbang idea tuk blog ni..lina,, thank tlg bg idea wt blog aku ni...